Monday, 17 December 2012

Tujuan yang keliru..

Kosong..kerana keinginan..
Calar..kerana pengharapan..
Tewas..kerana tujuan...
Sakit..kerana kemahuan..                       
Sesat..kerana pencarian..
Tanpa pengetahuan..
Tanpa bekalan..
Tanpa tujuan yang bermutlakkan tuhan..
Insan akan terus tewas..
dihina ujian..

bukanlah kehinaan disebabkan ujian…tapi kerana keengganan untuk hidup bersama Tuhan..

Untuk Segala


Membunuh nafsu..utk bersatu..
Membunuh waktu..untuk bertemu
Membunuh diri..untuk mengabdi…
Membunuh dunia..untuk abadi..
Membunuh rindu..untuk setia..
Membunuh jiwa..untuk cinta..
Membunuh cinta..untuk Dia..

Tuesday, 18 September 2012

KEMBALI




YA Khaliq..lemahnya aku di sini,
Mampukah aku memohon kepadaMu..
Agar Kau mengasihani aku dan mengampuni aku..
Sedang hati ini terlalu hitam dan kelam
Mampukah aku merayu
Ingin mereguk manisnya cintaMu..
Sedang jiwa ini selalu bermaksiat padaMu
Tidakkah aku malu..
Untuk bertapak di bumiMu..
Sedang aku selalu melupakanMu..
Tidakkah aku malu..untuk menikmati anugerahMu..
Sedang aku tak pernah mensyukuri nikmatMu..
Namun hamba yang hina ini jualah yang Kau kasihi..
Hamba kerdil ini jualah yang Kau dampingi..
Jiwa yang kotor ini jualah yang Kau dekati..
Kau pimpin hatiku..Kau bimbing jiwaku..
Agar kembali kepada Mu..
Kembali ke sisiMu..
Kau ampuni dosa-dosa ku yang lalu
Kau ciptakan masa depanku yang baru..
Hingga tidak lagi Kau bangkitkan dosa semalamku..
Namun Kau berikan aku nafas baru..
Segar dalam mengingatiMu..
Utuh dalam mencintaiMu..
Meski aku bukanlah seorang Nabi..
Bukanlah seorang wali mahupun kekasihMu..
Hanyalah pengembara kerdil dan hina..
Tetapi tidak pernah Kau tinggalkan aku..
Tidak pernah Kau jemu mengawasi aku..
Tidak pernah henti dalam menyayangi aku..
Maka apakah layak untuk hati ini mencintai selain daripadaMu
Layakkah aku untuk meminta selain daripadaMu..
Apakah tidak pernah aku berasa malu?? 
Maka ya Tuhanku..
Tenggelamkanlah aku dalam cintaMu..
Kerana tiada lagi sebab lain untuk ku hidup..
Melainkan untuk mencintaiMu..
Selamanya..

Sunday, 3 June 2012

Membakar aku...

Remuk redam hatiku..
MencintaiMu namun tidak mampu melihat..
MencintaiMu dan rinduku telah menjangkaui akal..
Merindui sesuatu yang tak mungkin ku capai melainkan mati..
Resah gelisah jiwaku bergoncang...
Dengan getaran rindu yang terpendam..
Telah hilang dunia daripada mataku..
Diselaputi cinta yang membara..
Membakar bak api yang marak..
Menyala bak pelita tiada padamnya...
Kerana terbakarnya jiwa kerana cinta..
Yang sentiasa membuahkan bahagia abadi selamanya..
Walau seribu tahun dan setelah itu sanggup ku tunggu..
Biarpun rindu ini sudah mampu membunuh jiwaku..
Namun aku akan tetap hidup untuk mencintaiMu..
Tetap menunggu saat janjiMu ku tuntut..
Saat aku menghadap walaupun dalam kekotoran yang hina...
Lantaran diri ini cebisan yang tiada nilainya...
Namun aku akan tetap menjadi si fakir yang meminta..
Merayu-rayu agar Kau kurniakan cinta kepada aku..
Dan memperkenankan doa hamba...untuk bersujud di hadapanMu..
Penuh cinta..
Di alam yang hanya mampu ku lihat Dia..

Wednesday, 30 May 2012

Dosaku,sekalipun diampunkan…

 
Duhai yang menutup keaiban hamba..
Telah sempurna kecacatanku…
Dihadapan zatMu yang Maha Mulia…
Aku hamba yang berdosa…
Riak menjadi pakaianku…
Ujub adalah topeng wajahku…
Hasad itu makananku…
Hitam itu hatiku..
Kotor itu jiwaku…

Duhai Tuhan yang mengampunkan hamba..
Sekalipun diampunkan..
Kecacatan itu telah tercalit di wajah..
Kotoran itu telah melekat di jiwa..
Sekalipun Engkau mengampunkan dosa hamba..
Kau telah melihat aku dalam dosa..
Kau telah melihat kecacatan dan hinaku..
Ke mana lagi mampu aku bersembunyi?
Bagaimana untuk aku tutupi wajah ini?
Wajah cela ini?
Wajah pendosa ini?

Aduhai Tuhanku…
Sekalipun diampunkan…
Dosa itu telah memakan aku..
Noda itu sudah membunuh aku..
Mampukah aku melupai hitam semalam?
Mampukah aku menyucikan silam yang kelam?
Bila ku sedar..
Kau melihat tiap gerak geri..
Lalu ke mana lagi harus ku larikan diri?
Ku sembunyikan dosaku daripada manusia..
Namun mampukah aku hindari pengawasanMu?

Duhai yang nyawaku berada di genggamanNya..
Harus apa lagi yang aku katakan..
Bila Kau menyaksikan janji palsuku..
Bilamana Kau lihat aku yang tewas dengan nafsu..
Mulut telah menjadi bisu…
Wajahku telah tertunduk malu..
Tak sanggup untuk mendongak langit lagi…
Bila diri ini pendusta sejati..
Yang telah berjanji untuk setia..
Namun akhirnya berpaling dengan noda…

Duhai..
Sekalipun diampunkan…
Dengan izzah dan kemuliaanMu…
Dengan kasih sayang dan belas ihsanMu…
Namun tidakkah nanti aku kan tetap berasa malu..

Untuk berdiri..sendiri….dihadapanMu?

Sunday, 27 May 2012

Deria Pencinta


Cinta...adalah lidah yang berbicara..
Takkan bisu di hadapan kekasih..
Malah dihamburkan segala rasa,rindu,dan cinta..
Cinta...adalah mata yang melihat..
Takkan dibutakan nafsu,
Malah mampu membezakan antara permata dan kaca..
Cinta...adalah telinga yang mendengar..
Setiap seruan kekasih..
Akan disahut penuh rindu..
Akan dibenarkan segala kata..
Akan dilaksanakan penuh patuh..
Cinta...adalah deria rasa yang sungguh istimewa..
Deria yang hanya mampu mentafsir satu rasa..
Rasa asyik..
Rasa cinta..
Rasa ingin kekal di sisi Dia..
Cinta..adalah minda yang berfikir..
Berfikir untuk mendekatiNya..
Berfikir untuk menyenangkanNya..
Berfikir untuk menambahkan Cinta..
Berfikir untuk tetap mencintaiNya...
Cinta..adalah hati yang paling sihat..
Ynag takkan hadir kepada sesuatu yang lain..
Selain penyerahan diri yang sempurna..
Terhadap yang Empunya Cinta...


Friday, 25 May 2012

Warkah bisu..

Pacal yang hina ini..
Melakar warkah yang bisu..
Dengan pena yang biasa..
Ku coretkan sebuah puisi rindu...

KepadaMu yang tiada di mataku..
KepadaMu yang tersembunyi daripada penglihatanku...

Aku bersaksikan bulan yang sempurna...
Bahawa cerdasnya minda..
Takkan menafikan kehadiran zatMu...
Meski tiada ditangkap mata..
Tiada dikesan deria..
Namun Kau tetap hadir..
Pada jiwa yang sentiasa mendamba cinta...
Maka biarlah awan menjadi saksi tuli..
Menyaksikan pengakuan daripada si kerdil ini..
Bahawa tidak ku harapkan melainkan cahayaMu..
Tidak ku damba melainkan bahagia padaMu..
Tidak ku cari melainkan redhaMu..
  pada insan picisan ini...

Wahai Nil yang mengalir...
Dari zaman kekasih kepada kekasih..
Aku bisikkan padamu...
Aku rindu pada Tuhanku>>

Monday, 14 May 2012

Nikmat Ujian

Ya Allah..di saat imanku digoncang pilu..
Biarlah aku tetap yakin dan percaya kepadaMu..
Walaupun logiknya akal telah menafikan ketentuanMu..
Biarlah aku letakkan pengharapan ini kepadaMu...
Meski hati dan jiwa ini telah mempertikai waktu..
Kerana ya Allah..
Engkau ciptakan ujian...
Agar aku menyedari kehadiranMu..
Engkau berikan aku ujian..
Agar Engkau dapat tabahkan hatiku..
Engkau kurniakan aku ujian..
Agar aku mensyukuri setiap nikmatMu...
Engkau timpakan aku ujian..
Agar aku mengadu dan merintih kepadaMu..
Engkau hadiahkan aku ujian...
Agar Engkau tambahkan dan pertingkatkan imanku..
Engkau berikan aku ujian..
Agar aku menempuhinya dan beroleh cintaMu..
Maka ya Allah..
Jadikanlah aku tabah untuk melalui setiap ujian yang kerana cintaMu...
Engkau hadiahkan kepada aku..

Sunday, 13 May 2012

Jiwa yang Hanyut

 

Kehadiran cinta…
Telah melupuskan segala rasa..
Deria-deria yang tiada untuk cinta…
Meluputkan dunia yang tiada Dia..
Yang didamba hanya Dia..
Di mata tinggal Dia…
Di hati tetap Dia..
Beribu hujah dan tipu daya nista..
Takkan mampu mengoyahkan kenikmatan rasa..
Takkan mampu menewaskan keasyikan cinta…
Takkan mampu menyentuh hebatnya jiwa…
Pada hati yang sedang mencinta…
Yang takkan pernah gentar dengan derita..
Dan tak mungkin pernah getar dengan pesona dunia…
Kerana telah hilang segala jiwa dan rasa…
Tenggelam dan hanyut… dalam gelombang Sang Pencinta..

 


Friday, 4 May 2012

Sujud

Ku rebahkan mahkota akalku,
Ku tundukkan tapak kemegahanku,
Ku rebahkan tubuh dan hatiku,
Dalam tenang,aku bersujud kepadaMu,
Di sebalik tirai malam yang mentabir,
Aku bersembunyi dalam kesunyian yang kelam,
Agar terpisah aku daripada duniaku,
Dan agar hanya tinggal aku dan diriMu..


Tuhan,
Sujudku kali ini bukan untuk mengadu,
Bukan untuk meminta dan merayu kepadaMu,
Meski si fakir ini selalu punyai kehendak dan keinginan,
Namun tika ini sujudku bukan untuk itu,
Tetapi kerana tak tertahan lagi derita,asyik dan rindu,
Tak mampu lagi menahan sakitnya Qalbuku yang lemah ini,
Dek teringatkan diriMu,terkenangkan kasihMu,
Aku jadi ghairah dan asyik,
Aku jadi lemah dan hilang daya,
Kerana tak tertahan lagi derita ini,
Ingin mencari di manakah Dikau ketika ini,
Aku sudah tidak mampu menahan rindu,
Terasa sakit yang asyik,
Terasa beban yang menenangkan,
Namun tidak sanggup aku meminta,
Agar Kau perlihatkan diriMu kepada aku,
Kerana aku tahu tidak ku layak untuk itu,
Dan ku mengerti tiada jalan singkat untuk menatap diriMu,
Melainkan ajal sebagai penghubungku,
Kerana itu wahai kekasih orang-orang yeng beriman,
Hanya satu pinta hatiku yang hina ini,
Panjangkanlah detik ini,bekukanlah waktu,
Agar dapat aku kekal bersujud kepadaMu,
Sepanjang umur,dan sepanjang penghidupanku...




Sunday, 5 February 2012

Cukuplah Dia ....

Cukuplah Dia sebagai penolongku...
Cukuplah Dia..yang melengkapiku..
Cukuplah Dia...di hati ku..
Cukuplah Dia..dalam hidupku..
Cukuplah Dia...dalam semua urusanku...
Cukuplah Dia..yang menentukannya..
Cukuplah hati ini..hanya padaNya..
Cukuplah akal ini...hanya memikirkanNya...
Cukuplah nyawa ini..diserahkn padaNya..
Ya Wadud..seandainya seluruh manusia mncintaiMu..
Apakah ada lagi yang sanggup mencintai dunia dan seisinya?
Adakah mereka akan terus mengejar harta dan kemewahan?
Apakah mereka masih lagi ingin mencintai manusia?
Jika ada kekasih yang jauh lebih sempurna..yang tiada sebarang cela?
Ya Rahman...engkau mencintai hambaMu..lebih dari cinta seorang ayah pada anaknya..
“Maka nikmat tuhan kamu yg manakah yang kamu dustakan?’
Ya Rabbi...mencintaiMu adalah nikmat..
MemikirkanMu adalah kebahagiaan..
Menyebut-nyebut namaMu adalah suatu kepuasan..
Beribadah padaMu adalah satu kegembiraan..
Ya tuhan..apakah masih pantas aku mencintai manusia?
Sedang kekasihku..adalah sebaik-baik kekasih..
Ya Allah..apa erti hidupku..jika engkau tidak meredhainya..
Apa ertinya aku mati..jika bukan dalam kasih dan cinta padaMu..
Untuk apa menghuni syurga..jika aku belum menemui penciptanya....
Wahai kekasih..wahai pemilik cinta ini..
Wahai pemilik hati ini..
Apakah ada nikmat lain..yang lebih besar dari dicintaiiMu?
Mencintaimu..menemuimu di  akhirat nanti?
Wahai yang memakbulkan doa..
Wahai yang mendengar akan rintihan hambaNya..
Dengarlah hati ini..dengarlah bisikan ini..
Kurniakan aku sebaik-baik kurnia..
Kurniakan aku cinta dan ikhlas kepadaMu..
Cintailah aku...redhailah aku...kasihilah aku..
Meski aku banyak celanya..
Meski  aku  tak sesempurna kekasihMu Nabi Muhammad..
Ku pohon..ku merayu..
Makbulkanlah doaku..wahai Zat yang Maha Pengasih...
Siapalah diri ini di hadapanMu?
Hanya seorang hamba yang mengharap kasih tuannya..
Dan dalam setiap nafas dan pergerakan darahku..
Ku harap agar aku sentiasa mencintaiMu..
Amin........


Sunday, 22 January 2012

Kenapa Aku??


Ya Allah..kenapa perlu aku berharap pada manusia yg tidak punya apa-apa pun..ya Allah..
Bukankah Engkau lebih sempurna..lebih belas terhadap hamba..lebih menyayangi..
Kenapa perlu aku mendengar pandangan manusia sedang pandangan Engkaulah yg terbaik buatku..
Kenapa mesti aku bergantung pada manusia yg jua mempunyai kelemahan..kenapa tidak aku bergantung saja pada Engkau yg kuat dan tidak pernah lemah..
Kenapa mengadu pada manusia sedang Engkau sentiasa sudi mendengarkan aku..
Kenapa mencintai manusia sedang cintaMu itu tiada tolok tandingnya..
Mengapa aku juga sering menyimpan dendam dan dengki pada mereka..apakah mereka punyai kelebihan yang sama kenikmatannya dengan beroleh cintaMu...
Kenapa sering menyebut-nyebut nama manusia sedang namaMu adalah yg paling mulia dan menyebut namaMu mendatangkan ketenangan..
Mengapa aku perlu mengharap bahagia dari manusia sedang Engkaulah pencipta kebahagiaan..
Kenapa aku ingin manusia memahami aku sedang Engkau sudah terlalu memahami aku..
Kenapa aku mahu menyenangkan hati manusia sedangkan menyenangkanMu itu adalah Cinta..
Perlukah aku bertanya siapa aku pada mereka sedang aku tak pernah ambil tahu siapa aku di sisiMu..
Ya Allah..perlukah aku menangis kerana mereka..bukankah mengalirkan air mata ini untukMu adalah kebahagiaan...
Mengapa aku ingin bertemu dengan manusia sedang pertemuan denganMu adalah seindah-indah pertemuan..
Mengapa perlu merindui yg tak pernah merindui aku sedangkan Engkau merinduiku jika aku sering merinduiMu..
Apakah aku tidak malu kepada Engkau yg melihat dan mengenal aku sepanjang umur hidupku..malah lebih dari itu..
Engkau yang sentiasa berada di sampingku..yg lebih lama menemani aku dari ibubapaku sendiri..
Maka ya Allah..apalagi yg harus ku ucapkan?
Aku ingin CintaMu ya Allah.....maka tunjukkanlah aku jalan ke arah Cintamu..

Thursday, 19 January 2012

Secebis Cinta

Dari  cinta  lahirnya cinta ..siapa diri dihadapan pencipta?
dari  cinta  timbullah rasa..abadikan hati..pada pencinta..
kerana  cinta  hati berbicara..bicara tentang indahnya  cinta ...
kerana  cinta ..diri merana..menahan rindu..pada sang  Cinta ..
dengan  cinta ..asyiknya rasa..khayalnya jiwa..
kerana  cinta ..dan pengakhiran rasa..dan satu-satunya jiwa..adalah DIA..
**Pada Dia..mengalirnya  cinta ..namun kerana diri jiwa yang hina..hanya mampu utk mendamba..dan terus mendamba..   cinta  Kekasih..pada seorang HambaNya




Dia adalah CINTA