Monday, 17 December 2012

Tujuan yang keliru..

Kosong..kerana keinginan..
Calar..kerana pengharapan..
Tewas..kerana tujuan...
Sakit..kerana kemahuan..                       
Sesat..kerana pencarian..
Tanpa pengetahuan..
Tanpa bekalan..
Tanpa tujuan yang bermutlakkan tuhan..
Insan akan terus tewas..
dihina ujian..

bukanlah kehinaan disebabkan ujian…tapi kerana keengganan untuk hidup bersama Tuhan..

Untuk Segala


Membunuh nafsu..utk bersatu..
Membunuh waktu..untuk bertemu
Membunuh diri..untuk mengabdi…
Membunuh dunia..untuk abadi..
Membunuh rindu..untuk setia..
Membunuh jiwa..untuk cinta..
Membunuh cinta..untuk Dia..

Tuesday, 18 September 2012

KEMBALI




YA Khaliq..lemahnya aku di sini,
Mampukah aku memohon kepadaMu..
Agar Kau mengasihani aku dan mengampuni aku..
Sedang hati ini terlalu hitam dan kelam
Mampukah aku merayu
Ingin mereguk manisnya cintaMu..
Sedang jiwa ini selalu bermaksiat padaMu
Tidakkah aku malu..
Untuk bertapak di bumiMu..
Sedang aku selalu melupakanMu..
Tidakkah aku malu..untuk menikmati anugerahMu..
Sedang aku tak pernah mensyukuri nikmatMu..
Namun hamba yang hina ini jualah yang Kau kasihi..
Hamba kerdil ini jualah yang Kau dampingi..
Jiwa yang kotor ini jualah yang Kau dekati..
Kau pimpin hatiku..Kau bimbing jiwaku..
Agar kembali kepada Mu..
Kembali ke sisiMu..
Kau ampuni dosa-dosa ku yang lalu
Kau ciptakan masa depanku yang baru..
Hingga tidak lagi Kau bangkitkan dosa semalamku..
Namun Kau berikan aku nafas baru..
Segar dalam mengingatiMu..
Utuh dalam mencintaiMu..
Meski aku bukanlah seorang Nabi..
Bukanlah seorang wali mahupun kekasihMu..
Hanyalah pengembara kerdil dan hina..
Tetapi tidak pernah Kau tinggalkan aku..
Tidak pernah Kau jemu mengawasi aku..
Tidak pernah henti dalam menyayangi aku..
Maka apakah layak untuk hati ini mencintai selain daripadaMu
Layakkah aku untuk meminta selain daripadaMu..
Apakah tidak pernah aku berasa malu?? 
Maka ya Tuhanku..
Tenggelamkanlah aku dalam cintaMu..
Kerana tiada lagi sebab lain untuk ku hidup..
Melainkan untuk mencintaiMu..
Selamanya..

Sunday, 3 June 2012

Membakar aku...

Remuk redam hatiku..
MencintaiMu namun tidak mampu melihat..
MencintaiMu dan rinduku telah menjangkaui akal..
Merindui sesuatu yang tak mungkin ku capai melainkan mati..
Resah gelisah jiwaku bergoncang...
Dengan getaran rindu yang terpendam..
Telah hilang dunia daripada mataku..
Diselaputi cinta yang membara..
Membakar bak api yang marak..
Menyala bak pelita tiada padamnya...
Kerana terbakarnya jiwa kerana cinta..
Yang sentiasa membuahkan bahagia abadi selamanya..
Walau seribu tahun dan setelah itu sanggup ku tunggu..
Biarpun rindu ini sudah mampu membunuh jiwaku..
Namun aku akan tetap hidup untuk mencintaiMu..
Tetap menunggu saat janjiMu ku tuntut..
Saat aku menghadap walaupun dalam kekotoran yang hina...
Lantaran diri ini cebisan yang tiada nilainya...
Namun aku akan tetap menjadi si fakir yang meminta..
Merayu-rayu agar Kau kurniakan cinta kepada aku..
Dan memperkenankan doa hamba...untuk bersujud di hadapanMu..
Penuh cinta..
Di alam yang hanya mampu ku lihat Dia..

Wednesday, 30 May 2012

Dosaku,sekalipun diampunkan…

 
Duhai yang menutup keaiban hamba..
Telah sempurna kecacatanku…
Dihadapan zatMu yang Maha Mulia…
Aku hamba yang berdosa…
Riak menjadi pakaianku…
Ujub adalah topeng wajahku…
Hasad itu makananku…
Hitam itu hatiku..
Kotor itu jiwaku…

Duhai Tuhan yang mengampunkan hamba..
Sekalipun diampunkan..
Kecacatan itu telah tercalit di wajah..
Kotoran itu telah melekat di jiwa..
Sekalipun Engkau mengampunkan dosa hamba..
Kau telah melihat aku dalam dosa..
Kau telah melihat kecacatan dan hinaku..
Ke mana lagi mampu aku bersembunyi?
Bagaimana untuk aku tutupi wajah ini?
Wajah cela ini?
Wajah pendosa ini?

Aduhai Tuhanku…
Sekalipun diampunkan…
Dosa itu telah memakan aku..
Noda itu sudah membunuh aku..
Mampukah aku melupai hitam semalam?
Mampukah aku menyucikan silam yang kelam?
Bila ku sedar..
Kau melihat tiap gerak geri..
Lalu ke mana lagi harus ku larikan diri?
Ku sembunyikan dosaku daripada manusia..
Namun mampukah aku hindari pengawasanMu?

Duhai yang nyawaku berada di genggamanNya..
Harus apa lagi yang aku katakan..
Bila Kau menyaksikan janji palsuku..
Bilamana Kau lihat aku yang tewas dengan nafsu..
Mulut telah menjadi bisu…
Wajahku telah tertunduk malu..
Tak sanggup untuk mendongak langit lagi…
Bila diri ini pendusta sejati..
Yang telah berjanji untuk setia..
Namun akhirnya berpaling dengan noda…

Duhai..
Sekalipun diampunkan…
Dengan izzah dan kemuliaanMu…
Dengan kasih sayang dan belas ihsanMu…
Namun tidakkah nanti aku kan tetap berasa malu..

Untuk berdiri..sendiri….dihadapanMu?

Sunday, 27 May 2012

Deria Pencinta


Cinta...adalah lidah yang berbicara..
Takkan bisu di hadapan kekasih..
Malah dihamburkan segala rasa,rindu,dan cinta..
Cinta...adalah mata yang melihat..
Takkan dibutakan nafsu,
Malah mampu membezakan antara permata dan kaca..
Cinta...adalah telinga yang mendengar..
Setiap seruan kekasih..
Akan disahut penuh rindu..
Akan dibenarkan segala kata..
Akan dilaksanakan penuh patuh..
Cinta...adalah deria rasa yang sungguh istimewa..
Deria yang hanya mampu mentafsir satu rasa..
Rasa asyik..
Rasa cinta..
Rasa ingin kekal di sisi Dia..
Cinta..adalah minda yang berfikir..
Berfikir untuk mendekatiNya..
Berfikir untuk menyenangkanNya..
Berfikir untuk menambahkan Cinta..
Berfikir untuk tetap mencintaiNya...
Cinta..adalah hati yang paling sihat..
Ynag takkan hadir kepada sesuatu yang lain..
Selain penyerahan diri yang sempurna..
Terhadap yang Empunya Cinta...


Friday, 25 May 2012

Warkah bisu..

Pacal yang hina ini..
Melakar warkah yang bisu..
Dengan pena yang biasa..
Ku coretkan sebuah puisi rindu...

KepadaMu yang tiada di mataku..
KepadaMu yang tersembunyi daripada penglihatanku...

Aku bersaksikan bulan yang sempurna...
Bahawa cerdasnya minda..
Takkan menafikan kehadiran zatMu...
Meski tiada ditangkap mata..
Tiada dikesan deria..
Namun Kau tetap hadir..
Pada jiwa yang sentiasa mendamba cinta...
Maka biarlah awan menjadi saksi tuli..
Menyaksikan pengakuan daripada si kerdil ini..
Bahawa tidak ku harapkan melainkan cahayaMu..
Tidak ku damba melainkan bahagia padaMu..
Tidak ku cari melainkan redhaMu..
  pada insan picisan ini...

Wahai Nil yang mengalir...
Dari zaman kekasih kepada kekasih..
Aku bisikkan padamu...
Aku rindu pada Tuhanku>>