YA Khaliq..lemahnya aku di
sini,
Mampukah aku memohon kepadaMu..
Agar Kau mengasihani aku dan
mengampuni aku..
Sedang hati ini terlalu hitam
dan kelam
Mampukah aku merayu
Ingin mereguk manisnya
cintaMu..
Sedang jiwa ini selalu
bermaksiat padaMu
Tidakkah aku malu..
Untuk bertapak di bumiMu..
Sedang aku selalu
melupakanMu..
Tidakkah aku malu..untuk
menikmati anugerahMu..
Sedang aku tak pernah
mensyukuri nikmatMu..
Namun hamba yang hina ini
jualah yang Kau kasihi..
Hamba kerdil ini jualah yang
Kau dampingi..
Jiwa yang kotor ini jualah
yang Kau dekati..
Kau pimpin hatiku..Kau
bimbing jiwaku..
Agar kembali kepada Mu..
Kembali ke sisiMu..
Kau ampuni dosa-dosa ku yang
lalu
Kau ciptakan masa depanku
yang baru..
Hingga tidak lagi Kau
bangkitkan dosa semalamku..
Namun Kau berikan aku nafas
baru..
Segar dalam mengingatiMu..
Utuh dalam mencintaiMu..
Meski aku bukanlah seorang
Nabi..
Bukanlah seorang wali mahupun
kekasihMu..
Hanyalah pengembara kerdil
dan hina..
Tetapi tidak pernah Kau
tinggalkan aku..
Tidak pernah Kau jemu
mengawasi aku..
Tidak pernah henti dalam
menyayangi aku..
Maka apakah layak untuk hati
ini mencintai selain daripadaMu
Layakkah aku untuk meminta
selain daripadaMu..
Apakah tidak pernah aku
berasa malu??
Maka ya Tuhanku..
Tenggelamkanlah aku dalam
cintaMu..
Kerana tiada lagi sebab lain
untuk ku hidup..
Melainkan untuk mencintaiMu..
Selamanya..
No comments:
Post a Comment