Wednesday, 30 May 2012

Dosaku,sekalipun diampunkan…

 
Duhai yang menutup keaiban hamba..
Telah sempurna kecacatanku…
Dihadapan zatMu yang Maha Mulia…
Aku hamba yang berdosa…
Riak menjadi pakaianku…
Ujub adalah topeng wajahku…
Hasad itu makananku…
Hitam itu hatiku..
Kotor itu jiwaku…

Duhai Tuhan yang mengampunkan hamba..
Sekalipun diampunkan..
Kecacatan itu telah tercalit di wajah..
Kotoran itu telah melekat di jiwa..
Sekalipun Engkau mengampunkan dosa hamba..
Kau telah melihat aku dalam dosa..
Kau telah melihat kecacatan dan hinaku..
Ke mana lagi mampu aku bersembunyi?
Bagaimana untuk aku tutupi wajah ini?
Wajah cela ini?
Wajah pendosa ini?

Aduhai Tuhanku…
Sekalipun diampunkan…
Dosa itu telah memakan aku..
Noda itu sudah membunuh aku..
Mampukah aku melupai hitam semalam?
Mampukah aku menyucikan silam yang kelam?
Bila ku sedar..
Kau melihat tiap gerak geri..
Lalu ke mana lagi harus ku larikan diri?
Ku sembunyikan dosaku daripada manusia..
Namun mampukah aku hindari pengawasanMu?

Duhai yang nyawaku berada di genggamanNya..
Harus apa lagi yang aku katakan..
Bila Kau menyaksikan janji palsuku..
Bilamana Kau lihat aku yang tewas dengan nafsu..
Mulut telah menjadi bisu…
Wajahku telah tertunduk malu..
Tak sanggup untuk mendongak langit lagi…
Bila diri ini pendusta sejati..
Yang telah berjanji untuk setia..
Namun akhirnya berpaling dengan noda…

Duhai..
Sekalipun diampunkan…
Dengan izzah dan kemuliaanMu…
Dengan kasih sayang dan belas ihsanMu…
Namun tidakkah nanti aku kan tetap berasa malu..

Untuk berdiri..sendiri….dihadapanMu?

Sunday, 27 May 2012

Deria Pencinta


Cinta...adalah lidah yang berbicara..
Takkan bisu di hadapan kekasih..
Malah dihamburkan segala rasa,rindu,dan cinta..
Cinta...adalah mata yang melihat..
Takkan dibutakan nafsu,
Malah mampu membezakan antara permata dan kaca..
Cinta...adalah telinga yang mendengar..
Setiap seruan kekasih..
Akan disahut penuh rindu..
Akan dibenarkan segala kata..
Akan dilaksanakan penuh patuh..
Cinta...adalah deria rasa yang sungguh istimewa..
Deria yang hanya mampu mentafsir satu rasa..
Rasa asyik..
Rasa cinta..
Rasa ingin kekal di sisi Dia..
Cinta..adalah minda yang berfikir..
Berfikir untuk mendekatiNya..
Berfikir untuk menyenangkanNya..
Berfikir untuk menambahkan Cinta..
Berfikir untuk tetap mencintaiNya...
Cinta..adalah hati yang paling sihat..
Ynag takkan hadir kepada sesuatu yang lain..
Selain penyerahan diri yang sempurna..
Terhadap yang Empunya Cinta...


Friday, 25 May 2012

Warkah bisu..

Pacal yang hina ini..
Melakar warkah yang bisu..
Dengan pena yang biasa..
Ku coretkan sebuah puisi rindu...

KepadaMu yang tiada di mataku..
KepadaMu yang tersembunyi daripada penglihatanku...

Aku bersaksikan bulan yang sempurna...
Bahawa cerdasnya minda..
Takkan menafikan kehadiran zatMu...
Meski tiada ditangkap mata..
Tiada dikesan deria..
Namun Kau tetap hadir..
Pada jiwa yang sentiasa mendamba cinta...
Maka biarlah awan menjadi saksi tuli..
Menyaksikan pengakuan daripada si kerdil ini..
Bahawa tidak ku harapkan melainkan cahayaMu..
Tidak ku damba melainkan bahagia padaMu..
Tidak ku cari melainkan redhaMu..
  pada insan picisan ini...

Wahai Nil yang mengalir...
Dari zaman kekasih kepada kekasih..
Aku bisikkan padamu...
Aku rindu pada Tuhanku>>

Monday, 14 May 2012

Nikmat Ujian

Ya Allah..di saat imanku digoncang pilu..
Biarlah aku tetap yakin dan percaya kepadaMu..
Walaupun logiknya akal telah menafikan ketentuanMu..
Biarlah aku letakkan pengharapan ini kepadaMu...
Meski hati dan jiwa ini telah mempertikai waktu..
Kerana ya Allah..
Engkau ciptakan ujian...
Agar aku menyedari kehadiranMu..
Engkau berikan aku ujian..
Agar Engkau dapat tabahkan hatiku..
Engkau kurniakan aku ujian..
Agar aku mensyukuri setiap nikmatMu...
Engkau timpakan aku ujian..
Agar aku mengadu dan merintih kepadaMu..
Engkau hadiahkan aku ujian...
Agar Engkau tambahkan dan pertingkatkan imanku..
Engkau berikan aku ujian..
Agar aku menempuhinya dan beroleh cintaMu..
Maka ya Allah..
Jadikanlah aku tabah untuk melalui setiap ujian yang kerana cintaMu...
Engkau hadiahkan kepada aku..

Sunday, 13 May 2012

Jiwa yang Hanyut

 

Kehadiran cinta…
Telah melupuskan segala rasa..
Deria-deria yang tiada untuk cinta…
Meluputkan dunia yang tiada Dia..
Yang didamba hanya Dia..
Di mata tinggal Dia…
Di hati tetap Dia..
Beribu hujah dan tipu daya nista..
Takkan mampu mengoyahkan kenikmatan rasa..
Takkan mampu menewaskan keasyikan cinta…
Takkan mampu menyentuh hebatnya jiwa…
Pada hati yang sedang mencinta…
Yang takkan pernah gentar dengan derita..
Dan tak mungkin pernah getar dengan pesona dunia…
Kerana telah hilang segala jiwa dan rasa…
Tenggelam dan hanyut… dalam gelombang Sang Pencinta..

 


Friday, 4 May 2012

Sujud

Ku rebahkan mahkota akalku,
Ku tundukkan tapak kemegahanku,
Ku rebahkan tubuh dan hatiku,
Dalam tenang,aku bersujud kepadaMu,
Di sebalik tirai malam yang mentabir,
Aku bersembunyi dalam kesunyian yang kelam,
Agar terpisah aku daripada duniaku,
Dan agar hanya tinggal aku dan diriMu..


Tuhan,
Sujudku kali ini bukan untuk mengadu,
Bukan untuk meminta dan merayu kepadaMu,
Meski si fakir ini selalu punyai kehendak dan keinginan,
Namun tika ini sujudku bukan untuk itu,
Tetapi kerana tak tertahan lagi derita,asyik dan rindu,
Tak mampu lagi menahan sakitnya Qalbuku yang lemah ini,
Dek teringatkan diriMu,terkenangkan kasihMu,
Aku jadi ghairah dan asyik,
Aku jadi lemah dan hilang daya,
Kerana tak tertahan lagi derita ini,
Ingin mencari di manakah Dikau ketika ini,
Aku sudah tidak mampu menahan rindu,
Terasa sakit yang asyik,
Terasa beban yang menenangkan,
Namun tidak sanggup aku meminta,
Agar Kau perlihatkan diriMu kepada aku,
Kerana aku tahu tidak ku layak untuk itu,
Dan ku mengerti tiada jalan singkat untuk menatap diriMu,
Melainkan ajal sebagai penghubungku,
Kerana itu wahai kekasih orang-orang yeng beriman,
Hanya satu pinta hatiku yang hina ini,
Panjangkanlah detik ini,bekukanlah waktu,
Agar dapat aku kekal bersujud kepadaMu,
Sepanjang umur,dan sepanjang penghidupanku...