Friday, 25 May 2012

Warkah bisu..

Pacal yang hina ini..
Melakar warkah yang bisu..
Dengan pena yang biasa..
Ku coretkan sebuah puisi rindu...

KepadaMu yang tiada di mataku..
KepadaMu yang tersembunyi daripada penglihatanku...

Aku bersaksikan bulan yang sempurna...
Bahawa cerdasnya minda..
Takkan menafikan kehadiran zatMu...
Meski tiada ditangkap mata..
Tiada dikesan deria..
Namun Kau tetap hadir..
Pada jiwa yang sentiasa mendamba cinta...
Maka biarlah awan menjadi saksi tuli..
Menyaksikan pengakuan daripada si kerdil ini..
Bahawa tidak ku harapkan melainkan cahayaMu..
Tidak ku damba melainkan bahagia padaMu..
Tidak ku cari melainkan redhaMu..
  pada insan picisan ini...

Wahai Nil yang mengalir...
Dari zaman kekasih kepada kekasih..
Aku bisikkan padamu...
Aku rindu pada Tuhanku>>

No comments:

Post a Comment